Program Citi-UPM ke Pasir Gudang Johor

Alhamdulillah program Citi-UPM Pendayaan kewangan Wanita Matang telah di perkenalkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Perlaksanaan di Pasir Gudang di ubahsuai sedikit di bandingkan dengan program yang di adakan di Lembah Klang. Sebanyak lima siri bengkel satu hari di jalankan. Sehari bengkel meliputi satu modul dan di jalankan secara serentak untuk enam kumpulan. Seramai 110 peserta terlibat dalam siri pertama yang di adakan pada 30 April 2016 dan siri kedua di adakan pada 13 May 2016. Lebih daripada 90% mereka yang hadir dalam siri pertama dapat datang kembali.

Siri Pertama meliputi aspek di bawah:

1.  Tinjauan Program dan Diagnosis Kewangan Kendiri 1.      Memahami kepentingan pengurusan kewangan2.      Memahami kepelbagaian peringkat dalam kitar hayat dan menghargai perubahan bersama pada setiap peringkat
2.  Memahami Proses Penuaan 1.      Dapat memahami pendekatan holistik warga tua dan penuaan

2.      Untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan  penuaan

3.      Dapat melihat keperluan dan cabaran penuaan

3.  Menghadapi Masa Hadapan 1.      Dapat memperoleh pandangan positif apabila menghadapi penuaan

2.      Untuk melihat nilai latihan penilaian kendiri

4.  Menilai Status Kewangan Semasa 1.      Memahami kedudukan kewangan semasa anda

2.      Untuk membezakan antara penilaian, matlamat, strategi, masalah dan penyelesaian – unsur-unsur teras mana-mana perancangan kewangan peribadi

3.      Untuk mempelajari bagaimana untuk mengendalikan latihan tinjauan kewangan

Bengkel di laksanakan melelui role play, permainan, latihan serta perbincangan kumpulan. Syabash kepada semua peserta yang terlibat sehingga akhir program.

Siri kedua pula merangkumai aspek:

1.  Menguasai Kewangan Anda 1.      Mengetahui dari mana datangnya wang itu dan kemana ia pergi

2.      Mengenali jurang dalam pengurusan kewangan

3.      Komited untuk menjejaki perbelanjaan

2.  Komiten untuk Menyimpan 1.      Perbelanjaan dianalisiskan

2.      Mewujudkan matlamat simpanan

3.      Menyediakan belanjawan

3.  Bersikap Tegas 1.      Mengetahui langkah ketegasan

2.      Menerima bahawa mereka perlu meningkatkan langkah ketegasan

3.      Mengenal pasti cara untuk mempertingkat-kan langkah ketegasan

4.  Membiayai Hari Tua Anda 1.      Mengetahui kenapa kita memerlukan sumber kewangan di hari tua.

2.      Memahami pelbagai jenis sumber kewangan di hari tua.

3.      Merangka strategi persediaan kewangan yang mencukupi di hari tua.

Sama seperti siri pertama 95% peserta terlibat sehingga akhir program. Terdapat mereka yang terpaksa balik awal kerana terlibat dalam perniagaan kecialan yang memerlukan mereka memasak untuk perniagaan mereka.

Terima kasih kepada MPPG dan AlHamra kerana membantu kami mengendalikan program tersebut. Syabash kepada fasilitator yang di datangkan terus daripada UPM untuk membantu memudahcarakan bengkel. InshaAllah kita berjumpa dalam siri ke 3 pada 30 Julai 2016. Selamat berpuasa semoga amalan kita di terima Allah SWT. Maaf atas salah silap daripada kami Pasukan Citi-UPM.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s