Program Pendayaupayaan Kewangan Wanita Matang, Citi-UPM, Pasir Gudang

Citi-UPM dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah berjaya melaksanakan prog ram di atas dalam bentuk bengkel sehari selama lima siri mulai bulan Mei 2016 se hingga Oktober 2016. Seramai 120 peserta telah menyertai program ini dan lebih 90% telah menghadiri sekurang-kurangnya tiga siri bengkel yang di adakan di Pasir Gudang.

Setiap siri bengkel berjalan dari jam 9.00 pagi sehingga 5 petang dan di jalankan secara interaktif and experiental learning. Hari pertama peserta di bawa menerokia dan menilai keadaan diri dan kewangan semasa dan meninjau masa hadapan terutama hari tua. Ini penting memandangkan kita di jangka hidup lebih lama dan pasti memerlukan wang untuk menampung kehidupan hari tua. Peserta juga di beri pemahaman mengenai isu dan cabaran hari tua. Konsep kesejahteraan hari tua yang merangkumi kesejahteraan ekonomi, fizikal, sosial, persekitaran dan emosi di bincangkan.

Bengkel kedua memberi tumpuan kepada strategi perancangan kewangan termasuklah merancang kewangan, memahami kunci kira kira, penyata pendapatan, merancang dan mengurus perbelanjaan . Simpanan adalah satu elemen penting untuk kesejahteraan hari tua. Siri ke tiga memberi tumpuan kepada memahami institusi kewangan, pilihan yang ada di pasaran dan pengurusan kredit dan risiko. Ramai pengguna tidak mengira kos pinjaman yang di ambil tetapi hanya mementingkan saiz bayaran bulanan simpanan. Peserta bengkel di beri peluan untuk mengira sendiri kos kredit and membuat pebandingan kredit menggunakan Kadar Peratus Tahunan. Nilai masa wang juga di terangkan untuk memberikan gambaran kesan menyimpan wang dalam jangka panjang.

Siri ke empat memberi tumpuan kepada usaha menambah sumber kewangan dengan memahami prinsip asa pelaburan dan penjanaan pendapatan melalui perusahaan kecil. Peserta berbincang mengenai cara menentukan kos barangan, perkara yang perlu diambil kira untuk memulakan perusahaan atau perniagaan. Dalam sesi ini di dpaati ramai perseta yang sedia terlibat dalam perusahaan kecil-kecilan tidak tahu berapa kos pengeluaran dan berapa keuntungan perniagaan mereka. Di rasakan kursus lanjutan perlu di berikan kepada mereka yang sedia terlibat dalam perniagaan  atau perusahaan supaya mampu menguruskan perusahaan dengan lebih cekap.

Sri kelima mengimbau kembali apa yang telah di pejari, memikirkan dengan serious masa hadapan dan menentukan bagaimana mencapai matlamat mempunyai wang yang mencukupi untuk hari tua. Peserta juga di beri pendedahan mengenai wasiat, mengurus krisis kewangan dan merangcang masa hadapan.

Di harap lima siri bengkel ini telah memberi sedikit pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan mengurus kewangan supaya mereka mempunyai jaminan kewangan di hari tua. Ilmu yang di beri belum lengkap. Peserta perlu menambah lagi pengetahuan melalui pembacaan atau mendpatan maklumat dari pelbagai sumber yang ada.

Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang atas kerjasama dan terima kasih kepada peserta yang telah menjayakan program ini. Pasukan fasilitator Citi-UPM merasa terharu dengan sokongan semua dan semoga ilmu yang di dapati memberi manafaat.

Jariah Masud

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s