About

PROGRAM CITI-UPM – PENDAYAUPAYAAN KEWANGAN UNTUK WANITA MATANG

Mengenai Program Program Citi-UPM

Pendayaupayaan Kewangan Untuk Wanita Matang merupakan satu program latihan yang dibentuk khusus untuk memberi pendidikan kewangan kepada wanita berumur 40-60 yang sedang menuju ke ambang usia emas.  Dengan mengikuti program latihan ini wanita dapat mempelajari antara lain, bagaimana mengurus kewangan sendiri, membuat simpanan, merancang perbelanjaan dan membuat perancangan kewangan yang bijak demi jaminan di hari tua agar dapat hidup selesa dan sejahtera. Program ini bermula awal 2013, dikendalikan oleh Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia dengan pembiayaan Citi Foundation. Di samping itu Program Citi-UPM juga dilaksanakan secara usahasama dengan dua Badan Sukarela Bukan Kerajaan (NGO), ya itu Persatuan Wanita Universiti Putra Malaysia (PERMATA) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO).

Objektif Program

  1. Untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan perancangan kewangan untuk hari tua.
  2. Untuk mempastikan wanita bebas daripada kebergantungan kewangan dengan mendayaupayakan mereka di hari tua.

Matlamat Program

Program ini akan mendidik wanita matang dengan memberi maklumat tentang kewangan secara mudah dan boleh dipraktikkan agar mereka dapat mengamal dan membudayakan pengurusan kewangan yang baik dalam kehidupan harian.

Di akhir program ini, wanita akan mengetahui bagaimana hendak menguruskan wang dari aspek-aspek berikut:

  • membuat simpanan
  • berbelanja secara bijak
  • melabur secara bijak
  • merancang keselamatan kewanganan untuk hari tua
  • dan yang penting sekali ialah program ini akan membantu wanita membudayakan  amalan kewangan secara bertanggungjawab.

Siapa yang sesuai dan perlu ikuti Program Latihan ini

Semua ahli Wanita PERMATA dan NCWO berumur 40-60, pendapatan keluarga RM3,000 ke bawah dan bagi semua kumpulan etnik dialu-alukan mengikuti program ini.

Maklumat mengenai Program Latihan

Program yang berbentuk latihan ini akan dilaksanakan awal tahun 2014. Ianya akan dilaksanakan selama lebih kurang 20 minggu. Walau bagaimanapun, kursus ini hanya diadakan sehari  sahaja setiap minggu, dan sesinya selama 3 jam sahaja.  Sesi akan dikendalikan oleh Pemudahcara yang terlatih. Dari segi tempat pula ianya akan diadakan di tempat yang mudah dan selesa  bagi kebanyakan peserta.

Jurulatih Latihan

Jurulatih adalah di kalangan sukarelawan yang dedikated daripada Rakan Organisasi (PERMATA dan NCWO atau NGO lain jika perlu) yang berpengalaman dalam bidang latihan dan juga mempunyai latarbelakang  dalam bidang Kewangan Pribadi.

Kaedah Latihan Pembelajaran

Kaedahnya menyeronokkan, berbagai cara pembelajaran yang interaktif akan digunapakai. Antaranya ialah, ceramah ringkas akan diadakan untuk memberi maklumat tentang apa yang wanita perlu tahu; perbincangan kumpulan; permainan berkaitan kewangan peribadi dan tidak ketinggalan juga kerja kumpulan yang interaktif.

Manfaat-Manfaat lain yang diperolehi oleh peserta

Selain daripada pengetahuan bagaimana mengurus dan mempunyai kawalan ke atas wang sendiri, peserta akan dapat manfaat lain yang amat berguna untuk diri sendiri seperti:

  • tahu bagaimana mempertingkatkan hubungan keluarga.
  • tahu berkomunikasi secara berkesan
  • tahu bagaimana hidup aktif, sihat dan produktif
  • tahu bagaimana membuat penysuaian di kala menghadapai peristiwa-peristiwa sedih dalam hidup
  • mendapat ramai kawan & rakan
  • menjadi lebih yakin menghadapi hari-hari tua yang pasti akan menjelang tiba.
  • terima sijil penyertaan
  • dari segalanya, peserta akan menjadi seorang wanita yang lebih berpengetahuan dan lebih hebat.

Nasihat kami kepada bakal Peserta Program Latihan

Ingatlah, tidak kira  apa status kewangan puan, atau di tahap mana umur puan, tentu ada sesuatu yang puan boleh pelajari dan memperbaiki hidup puan daripada program ini. Fikirlah, tindakan Puan hari ini boleh menentukan kesejahteraan kewangan masa depan Puan! Kami nasihatkan supaya ambillah peluang dan tawaran ini jika Puan ingin menjadi seorang wanita HEBAT di hari USIA EMAS kelak.

Hubungilah Kami sekarang untuk mendaftar!

Kursus ini adalah PERCUMA!  dan ingatlah Program ini sememangnya direka khas untuk PUAN. Silalah sertainya !

Hubungilah kami di:

Institut Gerontologi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Phone:603-8947-2755
Fax:603-8947-2744
website:http://www.ig.upm.edu.my
OR call 012-2601183 (Pn. Nazileh)
Email: nazilehramli@yahoo.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s